Wednesday, February 9, 2011

kenapa susah memulakan diet

aku yang menulis...
bila kita sebut je nak buat diet.. kita kan kata..esok la aku mula.. atau.. rasanya esok tak sesuai lebih baik start awal minggu,yup hari isnin... tapi kalau ikutkan susah lak nak kira minggu tu kita tangguh lagi ke bulan depan pulak.
Dan tindakan anda ada kesannya... kalau mula esok, bererti hari ini kau masih boleh makan benda yang terlarangg.
Akhirnya kita makan apa yg tak sepatutnya banyak banyak sebelum kit amula diet.. macam buka puasa lak.. lebih dari sepatutnya..
Kalau gini nampaknya usaha kurangkan berat tu makin lambat dan susah, sbb apa yang anda makan tu nak kena buang jugak kan?

Oohh tidak.. apa yang anda fikirkan ialah penangguhan yang tiada kesudahan.
Bila kita fikir nak diet kita perlu kata start sekarang! bertindak hari ni jugak..
Dan kalau nak amal diet atkin ni... sila faham diet atkin ni betul betul...
Sebab tiada gunanya jika anda makan nasi ..tapi makan buah tembikai 2 biji.. menyeksa diri dan tidak berkesan.. fahami dulu apa sebenarnya anda tak boleh makandan boleh makan dlm mengamalkan diet atkin.. ada banayk bezanya dgn diet biasa.

OK kawan kawan.. start ari ni juga tau..dan jangan putus asa. teruskan dan kuatkan semangat..
lagi satu ..
bagi yang berdiet dan selalu kalah..
Contohnya..anda tahu anda tak boleh makan nasi dan anda tersuap atau TERMAKAN.. satu sudu nasik... so, JANGAN teruskan makan nasi.. dengan beranggapan..
 'Alah aku dah termakan nasi..makan je laaa..'
itu salah.. anda patut STOP! katakan pada diri..
'alamak termakan stop stopp.. tak buat lagi janji...'
tahanlah untu 2 minggu sahaja..kerana bukankah itu lebih baik dari 3 atau 6 bulan..?
dan percayalah.
Dengan melihat keputusan jarum penimbang 2 minggu dr sekarang..anda akan meneruskan diet ini tanpa di paksa sesiapa... sebab anda turun 2-3 kilo percayalah.. sbb orang lain ambik masa 3-6 bulan... utk turun sebanyak yg anda akan dapat! dan ada yg laburkan beratus ringgit.

lagi satu..
tak usah bazirkan duit beli penimbang...sbb semanagt nak diet and abeli penimbang beli itu dan ini.. JIMATKAN KOS.  Saya tak galakan bagi orang yg baru nak try induction week beli dan membazir.. ELOK anda pi je mana mana penimbnag berbayar kat mana mana shopping kompleks.. ambik bacaan.. buat diet atkin 2 minggu. Selepas tamat 2 minggu pegi la jumpa penimbang yang sama.. dan lihatlah perbezaannya. percayalah...

dan lagi satu
bacalah blog blog kejayaan orang lain sebagi sumber inspirasi.. JANGAN DENGAR ORANG LAIN SINDIR. mereka akan kata..tak nak makan nak kurus la tuu... BIARKAN.. sabarlah untuk 2 minggu saja.. pekak kan telinga.. You can do...

DAN LAGI
guntinglah satu model orang yang punyai bentuk badan yg anda idamkan.. letakkan di tempat yang biasa anda tengok.. tengoklah setiap hari dan katakan pada diri anda.. SAYA AKAN JADI SEPERTI NYA !! pasti.. dengan penuh keyakinan.. kuatkan diri dan semangat anda..

SYABAS.. jom tengok menu saya ari ini.. sapa kata diet atkins takbest? sedappp sangat ..


sarapan ku.. ni aku pi tempat beli nasi lemak.. aku beli ayam goreng timun dan bilis dan sambal nasi lemak.. sedap peee..? cuma takde nasi jeee...


lunch pun sedap. kan.. ni gambar pinjam.. nasi takde yeee...sayur hijau je makan yee yang lain tu tolak tepi... sambal ayam tuhh ada gula, soo makan skit jee sbb rasanya manis..


dinner ni telur dadar.. sedap gak 2 bijik...

ramai yang bila nak buat atkins keliru.. memikirkan apa yang tak boleh dan boleh. makan sayur, buahan dan tak makan minyak dan lemak.
Jangan keliru dengan diet kalori.. diet atkins membenarkan anda makan semua lauk pauk.. dan minyak dan lemak dan santan... tapi tak boleh ambik buah, sayur selain warna hijau.. pahammmmm tak? semua yang rasa manis tu jangan makan.. walaupun dia buah labu..
cuma sayur yang bukan warna hijau tak boleh.. sbb manis.. lagipun.. nasi pun tumbuhan pe... dia kolor putih kan? soo what.. ? makan je daging , ikan .. sedap pee... letakla sambal belacan semua menambah selera.