Saturday, July 24, 2021

aku yang menulis...

Nak kurus kena ada displin yang tinggi. Itu adalah kunci pada banyak jawapan yang di ajukan pada saya. Kurusonline berjayakan? Memang ban yak kita dengar tentang program ni di media sosial.
Ya saya sendiri berjaya kurus kerana saya menyertai kurusonline. Namun online atau offilne itu tidak bererti jika kita tak buat. Sebab kita kurus sebab displin diri. kurusonline atau  kurusoffline bukan benda penting.Sejauh mana kita displin dan kita faham tentang apa yang kita buat, itu yang paling penting untuk mengukur tahap kejayaan kita mengurangkan berat badan.

Apakah yang ada dalam program kurusonline ini? Kurusonline adalah satu program dan susunan pemakanan yang diatur untuk kita ikut dengan betul. Kita kena displin dan kongsi dengan kawan kawan apa yang kita ambil seharian. berkongsi photo hidangan makanan yang kita makan. Dan paling penting ubah berdasarkan komen yg diberi dan belajar dari kesilapan dalam pemakanan. 

Dengan konsistant begitu dan ikut dengan sebaiknya arahan dari kurusonline begini menyebabkan kita berjaya displinkan diri. Dalam program kurusonline juga selalu ada cadangan makanan tambahan untuk elakan badan rasa letih dan tidak bertenaga. kebanyakan kurusonline menggunakan produk herbalife. Dan kita juga boleh memilih untuk mengambilnya atau tidak. 

Saya mengambil produk tersebut namun saya memberhentikan pengambilannya bila saya merasakan produk ini atas alasan peribadi yang mungkin tidak boleh diterima oleh semua orang. 

Sebenarnay anda boleh berdisplin untuk kurus namun.. untuk mengekalkan berat badan adalah juga satu cabaran kerana berat badan boleh bertambah jika anda berhenti untuk berdisplin.Terus displin ialah dengan terus ubah cara pemakanan kita.