Saturday, July 24, 2021

aku yang menulis...

Nak kurus kena ada displin yang tinggi. Itu adalah kunci pada banyak jawapan yang di ajukan pada saya. Kurusonline berjayakan? Memang ban yak kita dengar tentang program ni di media sosial.
Ya saya sendiri berjaya kurus kerana saya menyertai kurusonline. Namun online atau offilne itu tidak bererti jika kita tak buat. Sebab kita kurus sebab displin diri. kurusonline atau  kurusoffline bukan benda penting.Sejauh mana kita displin dan kita faham tentang apa yang kita buat, itu yang paling penting untuk mengukur tahap kejayaan kita mengurangkan berat badan.

Apakah yang ada dalam program kurusonline ini? Kurusonline adalah satu program dan susunan pemakanan yang diatur untuk kita ikut dengan betul. Kita kena displin dan kongsi dengan kawan kawan apa yang kita ambil seharian. berkongsi photo hidangan makanan yang kita makan. Dan paling penting ubah berdasarkan komen yg diberi dan belajar dari kesilapan dalam pemakanan. 

Dengan konsistant begitu dan ikut dengan sebaiknya arahan dari kurusonline begini menyebabkan kita berjaya displinkan diri. Dalam program kurusonline juga selalu ada cadangan makanan tambahan untuk elakan badan rasa letih dan tidak bertenaga. kebanyakan kurusonline menggunakan produk herbalife. Dan kita juga boleh memilih untuk mengambilnya atau tidak. 

Saya mengambil produk tersebut namun saya memberhentikan pengambilannya bila saya merasakan produk ini atas alasan peribadi yang mungkin tidak boleh diterima oleh semua orang. 

Sebenarnay anda boleh berdisplin untuk kurus namun.. untuk mengekalkan berat badan adalah juga satu cabaran kerana berat badan boleh bertambah jika anda berhenti untuk berdisplin.Terus displin ialah dengan terus ubah cara pemakanan kita.




Tuesday, December 22, 2020

Nak kurus kena kuat mental dan displin

aku yang menulis...

Kalau kita nak kurus kan, mulakan dengan makan makanan yg berkhasiat. Supaya kita kurangkan lemak dan bukan kurangkan berat otot dan berat air. 

Saya pernah ke pusat pelangsingan. Staff kat situ suruh say timbang.. sebaik saja lepa stibang dia buat rawatan. Rawatan kepanasan gitu. Lepas siap rawatan saya ditimbang semula dan mereka kata berat saya dah kurang.
So saya pikir balik.. ni kurang apa ye? kurang air? ke kurang lemak?
lemak tak boleh hilang dengan bagi panas badan. Lemak adalah himpunana tenaga yg tidak di gunakan. Untuk cairkan lemak kenalah guna tenaga yg di simpan tu. 
Bukan membakarnya dengan kepanasan, kerana kepanasan tidak membakar lemak. 

Itu view saya. Sebab tu saya tidak beli sauna saya tidak invest wang lagi dalam membeli ubat magic untuk kurus. Saya cuma perlu jaga makan. dan yess saya ada ambik supplement. Tapi bukan ubat kurus. 
Makanan tambahan ini tidak kuruskan badan, tapi bg nutrien yg cukup untuk anda jaga pemakanan.
kalau kurang makan pun tak mudarat.
Anda sendiri pilih nak makan supplement pe.. ada banyak dipasaran, herbalife, foreverliving.SD2, Shaklee dan lainnya. Tepuk dada tanya selera.Dan anda latihla diri untuk tidak makan supplemnt bila anda sudah bersedia untuk itu. Banyakkan makan ansihat dan ubah tabiat pemakanan yg tidak sihat.



Tuesday, November 24, 2020

aku yang menulis...
 korek gamba lama. Itula hobi baru yang menjadikan aku terus mencari semangat .
Lma dah tak tengok gamba ke Madinah ni. Ya Allah rindunya nak kesana lagi..
Termimpi mimpi kaki memijak masjid Nabawi..


berbalik soal kurus dan gemuk. Siapa yang mahu gemuk..kan?
 Sebenarnya untuk kurus mungkin senang. Tapi untuk terus kekalkan berat  lebih susah. Lebih lebih lagi kalau kita takde kesedaran bahawa tabiat makan lama kita tak hilang. Tapi tabiat tu sekadar senyap dan jadi impian.
Diet ni selamanya, makan makanan sihat dengan ilmu dan kita tahu apa yang selama ini menjadikan kita gemuk. Ini bukan soal boleh makan dan tak boleh makan.Hakikatnya memang kita hidup perlu makan. Cuma kita belajar cara memilih makanan yg lebih baik antara banyak banyak makanan ada terhidang didepan mata.
 

Friday, October 23, 2020

aku yang menulis... Salam semua. Musin PKP ni kan.. adalah masa skit melihat dan update blog yang terbiar.

Ini gamba saya masa menghadiri majlis rasmi. Alhamdulillah dapat ambik foto dgn Datin Paduka Marina. Thaun lepas. Maa tu baru turun 10 kg je. Alhamdulilah sekarang dah turun lebih 20 kg. Tapi kena la maintain, sbb kalau tak badan akan cepat naik.
Nak update pengetahuan kita. Badan kalau besar sel lemak akan membiak dan bertambah. Tapi bile kita kurus sel lemak tidak berkurang tahu tak?
Sel lemak cuma mengecut. Jadi bila kita tidak kawal pemakanan dan seimbangkan dengan pengambilan kalori yang sepatutnya. Kita mungkin akan cepat besar semula, kerana sel lemak tu akan membesar dan aktif balik.  Senang untuk  lemak berkembang dan kita akan besar balik.
itu je celoteh saya hari ni

Jika anda berminat untuk direct coach online, hubungi saya boleh je clik kat link INI di berikan ye..

Saturday, October 17, 2020

Bila balik kampung aku gemuk balik!

aku yang menulis...

Hari ni dah setahun aku mengamalkan diet suku suku separuh.Mulanya susah, tapi bila dapat tengok result terus semangat. Tapi kebenaram hidup harus di akui. memag nak jaga makan 100% agak mencabar. Namun semangat nak kurus, 90% diet terjaga. 
Hakikatnya nak kurus senang je.

 Tidaklah sesusah  sangat. Apap yng lebih susah ialah untuk menjaga berat agar tetap maintain dan setiap masa. Sebab itu displin tu penting
Terutama kalau sesekali balik kampung. Makanan yang di hidang adalah makan kegemaran yang tinggi gula dan karbohidrat. Tak makan memang la h rugi.. sebab mak kita bukan hari hari masak. Lagi satu makanan tu lain kalai takde lagi . sebab makanan tradisi ni tak jual kat tempat kita. Kalau jumpa pun rasanya lain.. siapa setuju?
Jadi bila balik kg badan akan naik antara 1 hingg a2 kilo. Betul ko tak tipu. So, lepas tu kena diet ketat dan senaman. 
Dan beringat nak balik kampung je.. mesti fikir apa nak kena buat untuk bakar balik kalori yang diambil.
 

Wednesday, August 26, 2020

aku yang menulis...


Di sini saya akan ceritakan bagaimana saya berjaya mengurangkan berat badan saya.
Sebelum itu biar saya kenalkan diri saya dulu. Nama saya Norim, Berusia 42 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Berat badan saya dulu 96 kilogram.
Sebenarnya saya bukanlah orang yang suka melawa, apatah lagi untuk menjaga penampilan. Bagi saya asalkan saya sihat kira OK la.

Saya tak fikir banyak benda, saya tiada penyakit kronik seperti orang lain. Maksudnya tiada tekanan darah tinggi , kencing manis, kolestrol atau apapun.
Status ini membutakan saya. Saya selesa dengan badan saya. Di pejabat pula, memang ada yang insan yang lebih besar daripada saya. Sebab ada yang lebih besar kan? Jadi saya dalam kategori sedang sedang saja. kononnya.

Tanpa saya perasan yang besar dari saya tu kecil bilangannya.
Dan apabila ada seisi bergambar, baru saya perasan muka saya macam bola.. Boleh tengok koleksi gambar saya. Nasib ada simpan. Lepas tu saya suka ambik gamba sorok badan belakang orang lain. 
Hehehee.. tapi terperasan muka besar juga walaupun badan tak nampak.
hahaa.. masa ni pun saya tak kisah sangat sebab saya masih sihat. 

Pada satu hari semasa saya memandu tangan saya kebas. Puas saya picit , saya tak boleh rasa gear kereta yang saya pandu dan amat menakutkan. Saya sapu minyak dah ok tapi hanya bertahan dalam beberapa hari saja. Seminggu lepas tu datang balik.

Pada satu hari saya kena bertugas ke Bangkok. Masa ni saya berjalan kaki ke kebanyakan tempat di sana.
Masa pulang ke Malaysia, banyak pula halangan di airport dengan barisan yang panjang di kastam Thailand dan macam macam lagi.


Sampai di Malaysia, saya menderita sakit tumit kaki hampir setahun. Saya fikir ianya terseliuh. Jadi saya asik pergi berurut. Asik jumpa tukang urut dari Kuala Lumpur sampai ke pantai timur. Tapi tak juga sembuh. Akhirnya saya di urut oleh seorang makcik. Katanya badan saya besar, urat kaki saya stress dan bengkak, urut pun takkan baik. Kena kurangkan berat badan. Saya senyum je...

Adah ini tanda tanda nak suruh saya kembali diet?
Sesungguhnya perkataan KURUS telah lama saya tutup rapat rapat. Bagi saya hanyalah satu mimpi sebab saya sudah berusia 40 tahun mesti susah nak kurangkan berat badan.Sebab kedua, saya dah malas nak percaya produk kurus di pasaran. Sebenarnya beratus ringgit duit saya habuis untuk KURUS, saya tak KURUS tapi duit saya yang KURUS!


Saya cukup marah kalau orang kata pasal KURUS dan saya cukup sensetif kalau suami saya cerita pasal pemakanan dan apa apa saja tentang KURUS. Bagi saja itu hanya mitos penjual. lagipun saya dilahirkan dalam kelaurga yang ramai berbadan besar. Jadi boleh dikatakan itu GEMUK keturunan.
Sehingga saya membenci perkataan KURUS.Saya membenci semu ablog dan artikel berkaitan kurus atau kesihatan.

Saya meneruskan diet yang saya faham. Dan saya buat sendiri. Namun akhirnya saya terbabas dan badan saya makin naik.
Berat badan sama sama dengan berat badan saya hamil 9 bulan satu ketika dulu! Lihatlah badan saya dua tahun selepas itu ialah 96 Kilogram! lagi 4 kilo untuk di genapkan kepada 3 angka menjadi seratus.
Angka ini membuatkan saya takut! Saya mula berpuasa dan semuanya tidak mudah. Malah saya pernah cuba pelbagai media menguruskan badan. Bermuka dari pil, serbuk koko, krim sapu, sehinggalah ke salon kecantikkan pengurusan berat badan yang menelan beribu ribu wang saya.

Pada satu hari entah bagaimana saya boleh terjebak dalam satu perbincangan.
Didalam perbincangan tersebut saya dijanjikan 21 hari saya akan kurus jika menyertai mereka. Saya mula mempersoalkan logik fakta tersebut. Sebab memang saya tak percaya.

Jadi saya sahut cabaran itu untuk membuktikan mereka salah. Tidak mungkin dalam 21 hari boleh KURUS. PASTI saya TIDAK AKAN KURUS. Bukan senang nak kurangkan berat badan.
Sebab saya telah mencuba banyak cara tapi tak pernah berjaya.Ya saya tidak pernah rasa tubuh kurus sepanjang hidup saya.
Betulke?
Inilah muka saya pada tahun 2018. Hahaha comel sangat kan?
Saya masih boleh makan nasi boleh kurus? Itu lagi pelik. Kerana saya memang orang melayu yang mati kalau tak makan nasi! Bukankah diet ni merupakan proses ikat perut? Proses tahan lapar? dan proses tersiksa di gym? Itulah yang saya bayangkan.

Paling penting saya memang benci buat senaman, Kerana senaman bukan senang bagi saya dengan badan yang gemuk. Sakit terseliuh kerana bersenam itu merupakan pengajaran.
Selepas 21 hari terbukti saya SALAH. saya kurang 5 kilo!! Saya membuat keputusan untuk mengikuti program tersebut sehinggalah kini say aberjaya angkan 10 kilo dan pada bulan december 2019 saya kurang lagi 2 kilo. 




Kini saya berjaya mengurangkan 12 kilo dan masih mencuba sehingga saya dapat berat yang saya mahu.
Saya sangat yakin saya berada di dalam diet yang betul dan saya sihat, kerana saya makan makanan yang sihat seperti sayur, buahan, ikan, sotong dan udang. Tiada masalah. Dan saya juga boleh makan nasi seperti biasa.
Ianya sangat berbeza dengan diet-diet yang saya pernah lakukan sebelum ini. Saya tidak mampu untuk menahan diri dari makan makanan tertentu dalam tempoh yang lama.
Sampai bila saya tak boleh makan nasi? sampai bila saya tak boleh makan buah? saya gembira dengan program ini. 

Ramai kawan kawan yang berada dalam program ini bertambah sihat. Mereka belajar cara makan yang betul. Bagi yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis disahkan doktor tidak perlu makan ubat lagi!

Terima kasih kepada coach saya. Ketika ini saya masih dalam perjalanan menuju kepada berat badan yang saya impikan. 

Sekiranya anda teringin untuk bersama sama saya boleh email saya di IG saya  norim.life atau email saya di norim.life@gmail.com ikuti perkembangan saya juga.

kalau nak joint pun boleh isi borang di tab bahagian atas. 

Terima kasih

Tuesday, August 25, 2020

Aku dah berjaya kurus! macam tak percaya jerrr

aku yang menulis...

Salam Semua.. 

Ya Allah dah lepas berapa 8 tahun  aku buka balik blog ni. tarikh terakhir aku post 25 ogos 2013 dan hari ni 25 ogos 2020!

Korang tau dah banyak berubah. Tapi blog ini satu satu bukti yang aku dulu gemuk. 
Aku dulu pernah cuba macam macam diet. 
Aku cuba diet Atkin! 

Korang tau aku dah berubah sekarang?
Aku dah makan berusia. Aku dah tak boleh buat diet atkin
Ada orang kata kalau tua tak boleh lagi nak kurus?
Salah tu! aku kurus baru setahun lepas pada usia aku 40 tahun weiii!!!

Meh aku belanja gamba jap.. 
Dan aku akan sambung cerita bagaimana aku kurus. 
Korang stay ikut aku jom.. next posting yee

kalau tak sabar boleh jenguk IG norim.ramli
 

Sunday, August 25, 2013

lupakan

aku yang menulis...
Benci betul pada diri yang meninggalkan diet lepas dapt turun skit.. ni tak de semangat ni pesal..?
di buat cerita..
keinginan tu perlu displin..
tapi ko tahu la.. aku ni jenis orang kampung..
hari hari nak makan ayam daging je memang la susah.. selalu takde lauk aku belasah nasi dgn ikan kering pun boleh abis dua pinggan...
dah tu buat atkin kena la makan mewah...
disebabkan masalah skit terutamanya tang kewangan dan kekurangan makanan tu dlm peti sejuk umah, aku telah hanyut.. melupakan diet ini.
baru baru ni aku duk timbang berat masih tahap tuu yg turun ari tu naik balik..
ni sbb badan dah mula naik..terasa tayar mula muncul dipnggang..tambahlak masa raya ambik gambar dgn famili muka aku la paling cubby sekali... hubby pun komen skit skitt pasal badan.. kena cari semangat dan kena la buat..
Sejak mula balik diet ni... EN hubby selalu komplian makanan dlm peti sokmo abis.. asik makan lauk pauk.. lapar sgt sebab tak boleh makan karbo.. nak makan non karbo tuu.. lari la budget satu minngu makanan kat umah.. ayam daging ikan yg untuk satu minggu aku boleh abiskan dlm satu atau dua hari... kalau telur lak setakat nak beli 10 biji? emm 3 hari abis.. sebab aku kalau lapar  bawa bekal telur rebus kat opis...
mmg banyak belanja nak beli semua lauk lauk ni..
emm pe la.. nak buat?
apapun aku kena teruska juga..walaupun hari hari aku kena belasah telur.. lapar je aku minum air.. sian kan?
nasib keje .. tima makan la paling best sebba boleh balasah lauk pauk..tapi budget memang lari oooo..
kalau ambik nasi dgn lauk baru berapa ringgit..tapi kalau ko makan lauk jee.. agak lebih dr rm10 sekali mkan... tu lunch.. lagi pagi?? aku pi gerai nasi lemak.. tapi aku ambik dging ayam dan ikan je.. selalu nasi lemak seringgit je..  tapi sekarang  aku singgah gerai nasi lemak, aku beli lauk jee.. paling koman aku kena cas rm 6..
emmm ..
kena teruskan jugak...
walaupun sukar.. ttapi its better than makan ubat mahal..dan tak seedap..taknak..aku rela makan makanan mahal..berbaloi jugak... ganbar inspirasi aku... tyeringin perut kempis nan menawan ..moga hubby makin sayang.. AMINN

Tuesday, April 23, 2013

resepi atkin- kacang ayam

aku yang menulis...
boring juga.. asik ayam dan daging..so ari ni kita makan sayur hijua.. sbb sukar di proses so, kurang karbohidrat diserap tubuh..
jom..
ari ni kita makan sayur hijau kacang panjang dan juga ayam.



bahannya
 bawang putih
 bawang merah
 ayam dan
kacang panjang..

kalau nak spicy skit tambahkan cili padi dan juga bahan rempah skit
tumbuk bawang putih dan merah.



Tumiskan bawang tambah semua bahan yg di tumbuk,.. skit garam dan air.. biar kering dan boleh la di makan gitu saja..
best best...







Monday, March 4, 2013

Atkin resepi ayam sambal

aku yang menulis...
Hari ni nak kongsi resepi ayam masak sambal. selamat makan.
bahannya
ayam
cili padi
halia
bawang merah
bawang putih
asam jawa
garam
kunyit






Ayam tu basuh perap dengan garam dan kunyit. Then goreng separuh masak.






Tumis bawang putih , bawang merah, halia yang di tumbuk atau blend pun ok... .







 bila dah naik bau letakakn cili kering yang dan di blend. tunggu sampai cili tu pecah minyak.
Then masukkan ayam dam air asam jawa dan garam.





Please atkin diet jangan letak gula yek.. kalau nak sedap tambah la ajinomoto skit...

biar kering then sedap di makan.




best of luck.

Saturday, March 2, 2013

resepi atkin rendang

aku yang menulis...
salam...





 kengkawan atkin , anda boleh makan rendang, tapi jangan ngada masak rendang hangpa campak gula dalamnya.. hehehee no sugar please.
Gambar ni ada nasi. ambik kat pinggan hubby, tapi kit amakan je rendang  tu tanpa nasi.

bahannya:
kerisik,
santan,
 bawang merah ,
bawang putih ,
halia
lengkuas
cili kering
serai
garam
daging,
 daun kunyit

caranya:
Ini rendang mudah sangat, blend bawang, lengkuas, halia, cili kering, serai, garam
Lepas tu kan.. jangan gelak aku memang brutal.. tapi memang sedap. tak caya cuba buat . Letak semua bahan ni masuk dalam kuali besar, letak je daging, santan kacau sampai nak kering gitu, baru letak kerisik. tunggu sampai kering, tabut daun kunyit yang di hiris. maaf la saya tak suka letak daun limau purut dalam rendang.. sesiapa yang suka tu boleh je letak.
Dah kering terus makan memang sedap... Tau tak napa sedap.. sebab dagiung tu serap semua bahan bahan tu.. rasa rempahnya. memang agaklama masak ni. tapi puas hati.

Sunday, January 20, 2013

Resepi diet atkin Ayam goreng telur

aku yang menulis...
sesiapa yang baca blog aku ni... sorry la aku suka letak cili padi.. tak makan nasi takpe.. jangan tak makan pedas.. ok la ari ni nak kongsi satu resepi... ciptaan sendiri ayam goreng telur yang enak. apa yang penting anda ada paha ayam.. kalau bukan paha ayam apapun tak pe.. paha ayam tu buang tulangnya..ala ala nak masak chicken cop gitu.. hehehee
ok bahan 1.paha ayam.. 1 biji telur 1 sudu mayonis cili padi serbuk lada itam garam lada sulah skit minyak mengoreng so simple.. buang tulang dr daging mcm ni..
lepas tu perisakan dengan lada sulah lada itam garam
next step.. kacau satu biji telur.. gaulkan pada daging kita.. then..panaskan non stick kuali..letak minyak..
tips klau boleh tekan tekan skit serbuk perisa tu supaya meresap jauh dlm daging ayam. lepas dah kuali panas.. letak minyak..nak letak merjerin ..planta, butter atau sewaktu dgnnya.. no hal..sbb kita boleh makan ..hureeyyy dah panas letak ayam tadi
dah siap goreng ayam tu dengan api perlahan agar ayam masak sekata..
then hidangkan dengan mayonis dan cili padi di hilis.. selamat mencuba memang sedap...
bagi mak mak yang nak bagi anak makan boleh la letak roti pada kuali panas tadi dan letak kacang panggang sedap macam ni...
.. tapi untuk diet atkin memadailah dengan ini.. sedap juga pe..

Monday, December 24, 2012

Resepi diet atkin-masak lemak cili padi

aku yang menulis...
masak lemak cili padi memang best.... diet atkin boleh makan masak lemak cili padi TAPI pastikan tanpa nasi atau tambahan kentang... atau lain lain sayur...
ni hasil yg dah nak abi sdi makan..heheheee

hari ni teringin nak masak perut...
 macam biasa bahan nya sama je masak lemak biasa..cuma jgn letak karbo lain macam kentang dan elakkan letak gula sebagai perisa..
bahan utama:
cili padi
kunyit
serai
bawang merah
bwg putih
garam
asam gelugur
kalau da halia skit best jugak

jangan lupa bahan utama perut.. boleh jugak ganti dgn ayam atau daging atau ketam atau sotong ..
 tapi kalu nak ikut sunnah jgn campur ikan dan ayam..
 ni santan dan asam gelugur..tumbuk cili dan bahan lain... ketuk je serai.. masukan semua dlm periuk
 soo jadi macamni.. masak lemak nikalau boleh non stop kena kacau dlm periuk sampai masak atau sampai didih..sbb kalau tak nanti pecah lemak tak sedap...

Resepi diet atkin- ikan susu kukus

aku yang menulis...

HAri ni nak kongsi resepi kegemaran saya.. yg bukan buat diet atkin pun boleh makan..
Saja je ari ni taknak guna lemak..so sesiapa yg buat diet kalori pun boleh makan...








mula mula bahan bahannya:



macam biasa seeekor ikan susu yg rupanya begini..
ikan susu ni banyak tulang mcm ikan terobok

rasanya sedap macam terubuk
harganya murah skit dr terubuk dan
tulangnya kurang skit dr terubuk..
sorry banyak cakap...
bsersihkan ikan..
lepas tu letak bedak yg terdiri dari bahan ini..halia hiris halus
bawang merah
bawang putih..
tomato skit


lepas tu letak dalam kukus dan kukus..
dan dan masak pun.. sedap..
nak lagi best buat air asam campur cili padi... fuhh menelrakan dan kanyang..tak yah nasi..
lpa stu rasa air asam tu pun elakkan kita rasa loya sbb hanyir ikan tuu
kalau nak senang guna je asam jawa adabi yg dlm bekas takde biji tu.
.memang best sbb masam takde addition salt.