Wednesday, August 26, 2020

aku yang menulis...


Di sini saya akan ceritakan bagaimana saya berjaya mengurangkan berat badan saya.
Sebelum itu biar saya kenalkan diri saya dulu. Nama saya Norim, Berusia 42 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Berat badan saya dulu 96 kilogram.
Sebenarnya saya bukanlah orang yang suka melawa, apatah lagi untuk menjaga penampilan. Bagi saya asalkan saya sihat kira OK la.

Saya tak fikir banyak benda, saya tiada penyakit kronik seperti orang lain. Maksudnya tiada tekanan darah tinggi , kencing manis, kolestrol atau apapun.
Status ini membutakan saya. Saya selesa dengan badan saya. Di pejabat pula, memang ada yang insan yang lebih besar daripada saya. Sebab ada yang lebih besar kan? Jadi saya dalam kategori sedang sedang saja. kononnya.

Tanpa saya perasan yang besar dari saya tu kecil bilangannya.
Dan apabila ada seisi bergambar, baru saya perasan muka saya macam bola.. Boleh tengok koleksi gambar saya. Nasib ada simpan. Lepas tu saya suka ambik gamba sorok badan belakang orang lain. 
Hehehee.. tapi terperasan muka besar juga walaupun badan tak nampak.
hahaa.. masa ni pun saya tak kisah sangat sebab saya masih sihat. 

Pada satu hari semasa saya memandu tangan saya kebas. Puas saya picit , saya tak boleh rasa gear kereta yang saya pandu dan amat menakutkan. Saya sapu minyak dah ok tapi hanya bertahan dalam beberapa hari saja. Seminggu lepas tu datang balik.

Pada satu hari saya kena bertugas ke Bangkok. Masa ni saya berjalan kaki ke kebanyakan tempat di sana.
Masa pulang ke Malaysia, banyak pula halangan di airport dengan barisan yang panjang di kastam Thailand dan macam macam lagi.


Sampai di Malaysia, saya menderita sakit tumit kaki hampir setahun. Saya fikir ianya terseliuh. Jadi saya asik pergi berurut. Asik jumpa tukang urut dari Kuala Lumpur sampai ke pantai timur. Tapi tak juga sembuh. Akhirnya saya di urut oleh seorang makcik. Katanya badan saya besar, urat kaki saya stress dan bengkak, urut pun takkan baik. Kena kurangkan berat badan. Saya senyum je...

Adah ini tanda tanda nak suruh saya kembali diet?
Sesungguhnya perkataan KURUS telah lama saya tutup rapat rapat. Bagi saya hanyalah satu mimpi sebab saya sudah berusia 40 tahun mesti susah nak kurangkan berat badan.Sebab kedua, saya dah malas nak percaya produk kurus di pasaran. Sebenarnya beratus ringgit duit saya habuis untuk KURUS, saya tak KURUS tapi duit saya yang KURUS!


Saya cukup marah kalau orang kata pasal KURUS dan saya cukup sensetif kalau suami saya cerita pasal pemakanan dan apa apa saja tentang KURUS. Bagi saja itu hanya mitos penjual. lagipun saya dilahirkan dalam kelaurga yang ramai berbadan besar. Jadi boleh dikatakan itu GEMUK keturunan.
Sehingga saya membenci perkataan KURUS.Saya membenci semu ablog dan artikel berkaitan kurus atau kesihatan.

Saya meneruskan diet yang saya faham. Dan saya buat sendiri. Namun akhirnya saya terbabas dan badan saya makin naik.
Berat badan sama sama dengan berat badan saya hamil 9 bulan satu ketika dulu! Lihatlah badan saya dua tahun selepas itu ialah 96 Kilogram! lagi 4 kilo untuk di genapkan kepada 3 angka menjadi seratus.
Angka ini membuatkan saya takut! Saya mula berpuasa dan semuanya tidak mudah. Malah saya pernah cuba pelbagai media menguruskan badan. Bermuka dari pil, serbuk koko, krim sapu, sehinggalah ke salon kecantikkan pengurusan berat badan yang menelan beribu ribu wang saya.

Pada satu hari entah bagaimana saya boleh terjebak dalam satu perbincangan.
Didalam perbincangan tersebut saya dijanjikan 21 hari saya akan kurus jika menyertai mereka. Saya mula mempersoalkan logik fakta tersebut. Sebab memang saya tak percaya.

Jadi saya sahut cabaran itu untuk membuktikan mereka salah. Tidak mungkin dalam 21 hari boleh KURUS. PASTI saya TIDAK AKAN KURUS. Bukan senang nak kurangkan berat badan.
Sebab saya telah mencuba banyak cara tapi tak pernah berjaya.Ya saya tidak pernah rasa tubuh kurus sepanjang hidup saya.
Betulke?
Inilah muka saya pada tahun 2018. Hahaha comel sangat kan?
Saya masih boleh makan nasi boleh kurus? Itu lagi pelik. Kerana saya memang orang melayu yang mati kalau tak makan nasi! Bukankah diet ni merupakan proses ikat perut? Proses tahan lapar? dan proses tersiksa di gym? Itulah yang saya bayangkan.

Paling penting saya memang benci buat senaman, Kerana senaman bukan senang bagi saya dengan badan yang gemuk. Sakit terseliuh kerana bersenam itu merupakan pengajaran.
Selepas 21 hari terbukti saya SALAH. saya kurang 5 kilo!! Saya membuat keputusan untuk mengikuti program tersebut sehinggalah kini say aberjaya angkan 10 kilo dan pada bulan december 2019 saya kurang lagi 2 kilo. 




Kini saya berjaya mengurangkan 12 kilo dan masih mencuba sehingga saya dapat berat yang saya mahu.
Saya sangat yakin saya berada di dalam diet yang betul dan saya sihat, kerana saya makan makanan yang sihat seperti sayur, buahan, ikan, sotong dan udang. Tiada masalah. Dan saya juga boleh makan nasi seperti biasa.
Ianya sangat berbeza dengan diet-diet yang saya pernah lakukan sebelum ini. Saya tidak mampu untuk menahan diri dari makan makanan tertentu dalam tempoh yang lama.
Sampai bila saya tak boleh makan nasi? sampai bila saya tak boleh makan buah? saya gembira dengan program ini. 

Ramai kawan kawan yang berada dalam program ini bertambah sihat. Mereka belajar cara makan yang betul. Bagi yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis disahkan doktor tidak perlu makan ubat lagi!

Terima kasih kepada coach saya. Ketika ini saya masih dalam perjalanan menuju kepada berat badan yang saya impikan. 

Sekiranya anda teringin untuk bersama sama saya boleh email saya di IG saya  norim.life atau email saya di norim.life@gmail.com ikuti perkembangan saya juga.

kalau nak joint pun boleh isi borang di tab bahagian atas. 

Terima kasih