Sirah menu Nabi




Ini la buku yang tersempat aku baca.... tu pun tak abis.. pinjam kat libraryy
 Buku ni aku pinjam... dalam sibuk sibuk kita buat diet.. kita jangan lupakan dia kekasih Allah. bagindalah sepatutnya Idola kita..ikutan kita.. segalanya. Selawt dan salam untuk baginda.

Aku cari dan mencari apa menu Rasullullah makan, apa dia minum apa yang baginda makan hari hari.. adakah aku belum bertemu atau memang takde..
Ku baca balik sirah.. memang tak jumpa ..yang banayk cerita pasal perjuangan dan sikap baginda... pasal makan jarang sekali..
Kenapa? buka yang aku baca ni adalah terjemahan dari karya syeikh dari arab. dalamnya tak banyak cerita pasal apa Baginda makan .. tapi banyak cerita pasal khasiat makanan.
aku pikir punya pikir... barulah aku paham.... tiada orang islam yang gemuk sepatutnya...
KERANA baginda tak de sakit pun macam kita... Aku rasa nak nagis bila dlm buku tu ada cakap...

dar aisyah 'kami tidak makan jika tidak merasa lapar dan kami tidak berhenti makan sebelum kami rasa kenyang.'
dan Baginda pernah berkata :
'sesuap dua makanan sudah cukup untuk menegakan rusuk dan memberi tenaga.'
dan lagi..
'makanan untuk satu orang cukup untuk dua orang '

apa yang aku tulis ni mungkin tak de cakap riwayat sesapa.. kalau nak cari la buku yg mcm dlm gamba tu. sbb aku main ingat kat otak jee buku tu aku dah pulang ke perpustakaan ..tak silap aku perpustakaan negara ada.

dan kesimpulannya:

kita tak sepatutnya gemuk..sbb perut kita asik kenyang jeee... hidup Rasullullah.. lebih banyak lapar dari kenyang. dan makan bukan ikut masa.. pukul 10 minum, satu tengahari makan dan pukul 8 mlm malam makan. Tapi Ikut bila rasa lapar makan.. sesuap dua memadai...

Patutla orang islam dulu tak sakit sakit.. perut di jaga..puasa di amal.. makanan sunnah di ambil. sekarang kita ambik juga makanan sunnah tapi yang tak sunnah pun kita sumbat... Ampunkan aku Ya Allah.

.............................................................................................................................................................


Mungkin bila aku kata nak ikut rules Islamic diet, ramai yang akan buat anggapan aku nak ikut diet rasullullah... memang itulah asasnya... tetapi
mungkin nama tu terlalu berat aku nak bawa... Rasanya lebih baik aku pakai nama dietku Muslim, merujuk pada diri aku. dan asasnya Baginda yg tercinta...


Aku cukup sedih bila menngingati Baginda berlapar sampai mengikat perutnya dgn batu, sedangkan kita menderita kerana makan sekenyang kenyangnya... malah langsung tak ambil pengajaran dari cara hidup baginda.
'ya Allah mulia sungguh kekasihMu..'

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

Aku juga amat pasti sebagai insan biasa yang hidup di dunia hari ini, ramai tidak mampu begitu...
Pada zaman sahabat, umat islam makin mewah dengan makanan. termasuk kita yang terus terus melupakan bahaya kesihatan diri bermula dari perut. dari apa yag kita makan.

aku juga bukan pakar nutrisi. Tapi aku yakin nutrisi dr Rasullullah tak pernah salah... dialah idola yang sepatutnya kita ikut.. terutama dalam amalan pemakanan harian kita.

Memang.... apa yang ada di tempat rasullullah dan apa yag ada di depan kita berbeza. Marilah kita mengikut apa yang termampu. Moga moga di rahmatinya.

Basicnya amat mudah sekali...

1. Makan jangan lah keterlaluan. makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, ingatlah perkataan 'belum kenyang' bukan bererti selepas kenyang.
Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air. (Kanzul Ummal 4:38)
2. kedua penuhkan perut dengan 1/3 udara. 1/3 makanan dan 1/3 air.
3. makan tika rasa lapar.. tak lapar tak perlu makan.

Amalkanlah ini sebelum aku terus menggembara dan menulis lagi tentang baginda yang mulia.
Aku pula yang sibuk tentang kurus..sibuk ikut barat ,..sibuk ikut benda yang ntah apa apa... walaupun aku berjaya kurangkan tapi aku rasa bersalah.. mengapa bukan Idola islam itu yg kita ikut..
Jadi biarlah aku terus mencari bahan dan fakta tentang cara rasullah.. sesiapa yng nak menyumbang di persilakan.
Dan aku juga tahu bila nak buat sesuatu yg baik sediakan sedikit ruang untuk di benci.. untuk di kritik, itu pasti..

sesuatu yang betul betul menyentuh kalbu... bila aku buat diet atkins..aku cuma makan ayam daging ikan.. dan aku terbaca pesanan ni...

Pesan Umar ra ” Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi hewan-hewan ternak!”.
Aku pulak??? belasah segala binatang ternak?

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan..(sendiri mau ingat)

Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
pastu jangan la korang letak daging kambing ni jauh dari daging lain..kolestrol gak tapi lebih baik dr lembu... korang tau tak?
jgn makan berlebihan tu jerrrkkk...

Tetapi ayam pula memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Okes... 
for kengkawan yang buat diet atkins.. aku sarankan lepas 40 hari stopp dulu.. makan daging pastu sambungbalik.. jangan buat lebih 40 hari..
tak pun ganti dgn ikan. kan kan kan?

bila dah dapat badan idaman dari diet atkins... jom kita terus dgn diet cara islamic..