Thursday, January 28, 2010

hari ini


Dihambat kerja yang berlambak… aku payah betul nak update blog nii..
Tapi apa pun memang hobi aku mencatata aktiviti harian aku...
Dari usiaku mula pandai menulis aku sudah punya diari.. hari ini aku baca balik dairi aku... kekadang ada nama nama yang aku lupa. Tentang siapa yang aku catat.
Sudah lama rasanya aku tak mencatat nota harianku, seingat aku.. pada hari pertama aku kehilangan seorang lelaki yang pertama kali aku cintai sepenuh hati sehinggalah aku jumpa lelaki lain dlm hidupku. Aku tak pernah catat apa yg berlaku. kerana catatan nya akan buat aku berduka..dan aku tak mahu membaca semula memori itu.
Aku tak ingat bila tarikh aku berpisah..tapi aku sentiasa ingat bila tarikh aku berjumpa dan cerita cerita disebalik hari hari yng berlalu selepas itu….

Cerita tentang hari ini… hidup aku yang diuji… Ya aku masih ingat. Hidup ini umpama roda. Mungkin esok kita dibawah..jadi usahlah berbangga dgn barang barang pinjaman dari TUHAN. Nyawa pun Cuma pinjaman, apatah lagi jawatan dan harta benda. Alhamdulillah aku tak semewah mana... cukup untuk hidup sederhana. Tapi tak merasa susah .. itu juga mengusarkan.. mungkin ujian lain tuhan sediakan untukku.?

Tika kita bekerja..ikhlas untuk dpt rezeki… dan demi tugas ada yang terpaksa ditegur. Dan wujud rasa iri hati, tak puas hati… dan saling membenci. Itu yang aku tak suka… kerana aku sendiri cuba berlapang dada dengan ketua ku. Memang payah mengakui kesalahan. Tapi aku sudah biasa melakukannya…
Kekadang terpaksa kukatakan..aku dtg jumpa boss untuk dimarah… sbb aku tersalah..marahlah padaku.. agar tidurku tenang.
Tapi bagaimana dengan orang yang diamanahkan untuk aku tadbir… Bukan mudah. Ada yang menerima .. ada yang terus saja menentang. Walaupun mereka terang terangan bersalah. Demi tugasku..aku mesti lakukan. Kerana itu kerjaku. Seandainy aaku dibenci….Biarlah… Apa yg aku lakukan untuk rezeki. Aku lakukan demi Allah, aku yakin aku tidak pernah mengainaya. Kerana aku masih ingat .. doa org terainaya adalah yg paling di dengar tuhan…
Makin usia memamah diri, makin banyak yg kuharungi. Dan aku makin merasai… aku tidak perlukan sesiapa… hanya Tuhanku yang Esa.

Dunia ini penuh dengan manusia… jarak ukur Cuma umur. Sesekali jangan mengukur matang manusia dari usia. Tapi matang dipandang cara dia menyelesaikan masalah hidupnya. Biar umurnya cuma setahun jagung asal tahu cara menghormati, memahami berbudi berakhlak. Daripada yang telah usang dimamah usia, yang lebih banyak makan garamnya tapi tawar hati, kurang akhlaknya nampak sumbang dgn ego dan kasarnya. Penuh hitam hatinya. Tapi yang muda... berakhlak perlu sentiasa ingat seperkara... yang tua perlu dihormati,baru benar kamu itu umat muhammad. Kerana mungkin esok kita digoda ujian... Tua kita Adakah dipandang ALlah?
kerana kita dan mereka manusia.... asik lupa dan lupa.... tiada siapa yang baik dan tiada sapa yang buruk. penilainya Mahkamah Tuhan. Cuma sesekali iman tercabar berurusan dengan manusia begini. sabarlah..kerana sabar tiada hadnya....
siapa yang punya had untuk bersabr..sebenarnay dia tidak bersabar..yang ada cuma dia memendam rasa... kerana sekalipun dia tidak pernah berlapang dada.
Ya Allah lapangkanlah dadaku... cukuplah Allah bagiku.