Wednesday, August 25, 2010

26 Ogos 2010

Beberapa hari lagi hari merdeka malaysia yang ke 53. Sejak aku lahir, aku tak pernah rasa bagaimana keadaannya masa negara dijajah. aku tak pernah tahu bagaimana sengsaranya hidup zaman jepun, komunis dan penjajahan ornag putih...
Yang aku tahu orang pandang tinggi kalau pandai cakap orang putih, kalau duk oversea dan berkawan dgn orang putih.
Tapi kita di jajah..tapi kita bangga dgn bangsa yang jajah kita..entah la.. aku tak pasti.
Semalam aku bermimpi.... di serang tentera diwaktu aku di tidor di kamar. mereka menghunus senjata..dan menembak sana sini. bau asap runtuhan bangunan nampak di mata.. masa tu tak terpikir, mana keretaku, mana rumahku.. cuma aku sempat merayu. jangan bunuh aku..aku mahu hidup..bebaskan aku...
jika aku mahu bebas, bererti negaraku harus bebas.. jadi itulah maknanya merdeka...
Aku dengar bunyi meletup yg kuat takut dan huru hara...
Bila aku terjaga rupanya .. budak budak main mercun... terfikir seketika. kalau lah di tanya penduduk palestin pasti impian mereka untuk tidak mendengar bunyi letupan itulah keamanan.
Tapi kat sini, nak happy buat bunyi letupan.. Fobia lak aku.. mcm la betul aku mimpi tadi kat palestin td... Apa yang mereka ingat nak beraya, berseronok. tapi tak ingat ke tarikh merdeka? walaupun merdeka time puasa, tapi sibuknya persiapan raya..
tapi bersipan merdeka tak terasa. sesekali terpikir. Boleh tak kalau kita ubah merdeka ini macam raya..? open house sana sini.. pakai baju lambang bendera Malaysia.. mesti syok abis hari merdeka tu kottt...

Bagi bebudak yg main mercun ni lak... tak serik serik tangan pecah pun takpe... manusia memang pelik.

Tapi apapun... Pengajarannya nya hargailah keamanan... Hargailah wira wira kemerdekaan yang mati kerana apa yangkita nikmati hari ini... Selamat hari Merdeka MAlaysiaku...
sekurang kurang nya generasi ini meneruskan..mengekalkan keamanan kesejahteraan dan kemewahan bumi melayu.
kalau tiada negara ini, dimana aku? hargai dan jaga negaraku selamanya milik kita...