Sunday, January 3, 2010

HARI PERTAMA 2010

Tahun ini telah bermula. kakiku melangkah ke pejabat... arggg tahun 2010.
Alhamdulillah semua telah selamat kulalui.
semua ditangan aku. baik atau buruk aku yang memilihnya.
semua ini juga ketentuan tuhan. kerana hidup ini penuh dengan pilihan. Aku lah yang memilih... usah di undur masa... kerana didepan ada banayk lagi pilihan yang terpaksa aku langsaikan.



Mengharungi kerja..itu rutin yg mesti aku lalui... kalau tahun lepas, aku sarat membawa kandungan ku... kini anak comel itu dah berusia 9 bulan..
Hari ini aku mesti siapkan banyak kerja... esok lusa aku mesti menghadapai auditor yang menyusahkan hidup... semua perkara yg mesti itu MESTI aku hadapi.
Memang tu kerja mereka... biarkan.

setiap yg tuhan jadikan... ada tugasnya. termasuk aku. Kuharap tahun ini membuahkan rezeki yang baik. kehidupan dan keharmonian. jauh dari sejarah...
Harapan ku juga Azam tahun ini di makbulkan... Azam aku dgn tuhan dan azam aku dengan diri. Insyallah Allah makbulkan...

Mungkin juga kuharap agar esok lusa aku tidur tanpa mimpi. Memang kosong hidup tanpa mimpi. tapi apalah guna bermimpi kalau mimpinya mengungkit kisah silam.Biar aku jaga tanpa tidurr .. meneruskan hari hari... membawa diri agar berdiri tegak di garisan permulaan sebuah azam.... insyallahhh

Doaku pada hujung hujung doa masih ada satu dua nama yang tak tahu erti hilang. Paling istimewa buat suami tercinta dan anakku yang paling kusayangi. Moga keluarga kita di berkati... Moga esok.. dia akan jadi insan paling menghargai ibunya. berguna buat keluarga ini.

Moga tahun baru ini, hidup ini lebih bertakwa... insyaallah.